NIBONG TEBAL (Pulau Pinang): Cadangan membawa masuk tenaga pengajar sukarelawan Bahasa Inggeris dari Singapura bagi membantu meningkatkan penguasaan pelajar Malaysia terhadap bahasa berkenaan, adalah bukti kerjasama erat diplomatik antara Malaysia-Singapura.
Menteri Pendidikan Malaysia, Cik Fadhlina Sidek, berkata kementeriannya menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membawa masuk sukarelawan guru Bahasa Inggeris dari Singapura, terutama bagi menampung keperluan...





