HANOI: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tiba di Vietnam pada 20 Jun untuk berbincang dengan pemimpin negara komunis itu sempena perhentian terakhir lawatan dua negaranya ke Asia selepas memuktamadkan pakatan pertahanan dengan Korea Utara.
Pesawat yang dinaiki Encik Putin mendarat di lapangan terbang Hanoi, dan beliau disambut dengan hamparan permaidani merah oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Encik Tran Hong Ha,...





