KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tertinggi agensi kerajaan disyaki antara yang menerima suapan berjumlah lebih RM1 juta ($290,000) dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di Perlis sejak 2022.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata individu terbabit sudah dikesan pihaknya dan kini bertugas di negeri lain.





