Jemaah haji Singapura masih kekal bersemangat meski suhu meningkat sehingga lebih 40 darjah Celsius dengan lebih ramai anggota jemaah dari seluruh pelosok dunia kini sudah tiba di Makkah.
Antara mereka adalah Encik Adha Ahmad dan isteri, Cik Nur Diyana Sahaimi, yang kini di kota suci itu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima buat pertama kali.





