Sebuah rumah ladang era kolonial di Bukit Sembawang di atas sebuah taman baru yang indah akan menjadi antara daya tarikan bagi penduduk Chencharu, sebuah kawasan perumahan baru yang sedang pesat dibangunkan di Yishun.
Chencharu, yang disempadani Yishun Avenue 1, Yishun Avenue 2 dan Sembawang Road, juga akan mempunyai pembangunan bersepadu merangkumi sebuah pusat penjaja, pusat tukaran bas, kedai dan flat...





