JOHOR BAHRU: Pembinaan projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) antara Johor Bahru dengan Singapura sedang berjalan mengikut jadual dan sehingga 31 Mei, ia sudah hampir 80 peratus siap.
Mass Rapid Transit Corporation Malaysia (MRT Corp) berkata depoh penyelenggaraan, bahagian penting prasarana kereta api yang terletak di kawasan Wadi Hana di Johor Bahru, sudah 82.14 peratus siap dan pemasangan sistem...





