Syarikat 3M Singapore dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East telah bekerjasama dalam usaha menyokong kesaksamaan dan keterangkuman lebih luas, sebagai satu susulan daya usaha Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward SG.
Dengan kerjasama Runninghour, sebuah inisiatif sukan inklusif yang menggalak penyepaduan individu berkeperluan khas melalui sukan, lebih 100 sukarelawan dan benefisiari berlari sejauh tiga hingga lima kilometer dalam acara...





