Biarpun sukar dan mencabar, Datuk Fauziah Nawi, tidak berputus asa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) selepas menerima ijazah sarjana dalam bidang lakonan dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018.
Fauziah, 71 tahun, ketika ini sedang menyiapkan kertas kerja dan proses itu mengambil masa berikutan banyak tambahan kandungan yang perlu dilakukan dalam jurusan melibatkan bidang lakonan itu.





