MAKKAH: Arab Saudi akan mengundang 1,000 lagi anggota keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji pada 2024.
Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi mengumumkan inisiatif itu di bawah titah, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.





