Genap 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara, Jaclyn Victor, kini sememangnya tersenarai sebagai antara penyanyi prolifik yang mempunyai vokal ampuh yang tiada tolok bandingnya.
Pengalaman beraksi di pentas ‘live’ pada usia muda disusuli penyertaan pertandingan realiti, Malaysian Idol, mematangkan perjalanan seni pemilik nama lengkap, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu.





