Parti Tindakan Rakyat (PAP) perlu memastikan ia bersedia untuk masa depan dengan menyegarkan dirinya, sedang ia memperbaharui kompak sosial dengan warga Singapura dalam dunia lebih berpecah-belah dan tidak menentu, kata Penolong Setiausaha Agung PAP, Encik Desmond Lee.
Ketika bertemu media pada 8 Jun pada acara penghargaan bagi aktivis dan rakan kerja PAP di Pusat Konvensyen dan Expo Sands, Encik Lee,...





