Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan yang melarang perjalanan keluar masuk Malaysia bagi warga Singapura, selagi mana individu tersebut tidak tergolong dalam syarat Imigran Larangan, mempunyai pasport cukup tempoh sah laku serta pas yang sah.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh, memberitahu Berita Minggu (BM) berdasarkan semakan, JIM tidak pernah menerima sebarang aduan, pertanyaan atau isu...





