Seorang penumpang yang cedera di muka dan tulang belakang dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 yang dilanda gelora udara telah dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena.
Pesakit warga Singapura itu, yang juga mengalami kesakitan di bahagian leher dan bahu, tidak memerlukan pembedahan, kata seorang jurucakap bagi IHH Healthcare Singapura, yang mengendalikan Hospital Gleneagles, Hospital Mount Elizabeth, Hospital Mount Elizabeth Novena...





