Tindakan presiden yang dipilih, Encik Prabowo Subianto, untuk menghantar pasukan pengaman Indonesia ke Gaza dan menggesa dilakukan siasatan antarabangsa, telah mendapat pujian di sidang kemuncak pertahanan utama Asia, yang juga termasuk rundingan peringkat tinggi dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.
Encik Prabowo, yang kini menteri pertahanan, menyatakan kesediaan Indonesia untuk membantu dalam proses damai, dalam ucapan beliau di forum keselamatan...





