Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah menerima kunjungan Menteri Pertahanan China, Laksamana (ADM) Dong Jun, di Istana pada 31 Mei, sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalannya ke Singapura.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef), Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, dan ADM Dong telah mengesahkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra antara Singapura dengan China...





