KUALA LUMPUR: Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion ($2.7 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google, iaitu ‘Google Cloud’, pertama di Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (Miti) pada 30 Mei, ia dijangka akan menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan, dengan...





