BESUT (Terengganu): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan maut selepas secara tidak sengaja dilanggar kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu bapanya di halaman sebuah rumah di Kampung Wakaf Kubor, Kluang, Kampung Raja, di Besut, Terengganu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi 29 Mei itu berlaku ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kenderaannya selepas...





