Pengembaraan pemain bola sepak Singapura, Irsalina Irwan, ke luar negara bertujuan untuk mengembangkan potensi dan mengasah bakatnya. Tetapi, dalam usaha meningkatkan prestasinya di Amerika Syarikat, pemain pertahanan itu juga berjaya menjadi sebahagian sejarah dan mengharumkan nama negara.
Pada 29 April, Irsalina, 17 tahun, merangkul takhta juara Piala Negeri Persatuan Bola Sepak Belia Florida (FYSA) bagi musim 2023-24 bersama pasukan Perdana...





