KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seramai 812 individu, termasuk seorang penjawat awam atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan dalam tempoh sembilan hari sehingga 25 Mei.
Mereka yang ditahan adalah 793 lelaki dan 19 wanita berusia antara 16 hingga 72 tahun dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan...





