Seramai 43 mangsa yang tercedera semasa gelora udara yang dialami pesawat Singapore Airlines (SIA), SQ 321 pada 21 Mei masih dirawat di hospital pada 25 Mei, kata pihak hospital yang merawat kebanyakan penumpang yang terjejas.
Akhbar The Straits Times memetik kemas kini yang diberi Hospital Samitivej Srinakarin bahawa seramai 34 penumpang kekal di hospitalnya sehingga tengah hari 25 Mei.





