Pesawat Singapore Airlines (SIA), SQ321, terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Thailand, pada 21 Mei selepas menempuh gelora udara yang buruk, hingga mengakibatkan seorang penumpang maut manakala puluhan yang lain cedera.
Dari 2009 hingga 2022, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat mencatatkan seramai 163 penumpang dan anak kapal pesawat cedera parah akibat gelora udara yang...





