GEORGETOWN (Pulau Pinang): Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana cuba merampas senjata api dalam kejadian di Balai Polis Dato Keramat, Georgetown, Pulau Pinang, pada 19 Mei, berada di bawah pengaruh alkohol.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata suspek yang berusia 35 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau masing-masing berkaitan jenayah dan dadah.





