RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa permit umrah tidak akan dikeluarkan bagi mereka yang tidak mempunyai permit haji yang disahkan antara 16 Zulkaedah (24 Mei) hingga 20 Zulhijah (26 Jun).
Ia mengeluarkan arahan itu bagi memudahkan jemaah haji yang mula tiba di Arab Saudi dari seluruh dunia menunaikan ibadah mereka dengan selesa di Masjidil Haram di Makkah.





