JAKARTA: Ledakan gunung berapi di pulau Halmahera di Indonesia telah memuntahkan debu kelabu pekat ke udara, memaksa pihak berkuasa mengarahkan penduduk di tujuh kampung berpindah dari rumah mereka.
Gunung Ibu meledak lewat malam pada 18 Mei, menyembur debu sehingga empat kilometer ke langit dengan kilat dilihat sambar-menyambar di sekeliling kawah, berdasarkan gambar dan maklumat yang dikongsi oleh agensi gunung berapi...





