MAKKAH: Malaysia berdepan risiko hilang keistimewaan yang diberi kerajaan Arab Saudi jika secara berterusan melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan negara itu, termasuk menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.
Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman, mengharapkan rakyat Malaysia jangan menyalah guna visa itu untuk tujuan melaksanakan haji kerana ia akan mencalar imej...





