JAKARTA: Pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat pada 14 Mei, selepas banjir kilat dan aliran lahar sejuk di Sumatera hujung minggu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang dan menyebabkan 27 orang hilang, kata agensi bencana Indonesia.
Hujan lebat berjam-jam menyebabkan batu besar dari salah sebuah gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Marapi, berguling ke dua daerah yang paling teruk terjejas...





