Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengadakan dua sesi wawancara dengan media setempat – yang pertama dalam bahasa Inggeris dan kedua dalam bahasa Mandarin.
Wawancara itu diadakan menjelang peralihan pucuk pimpinan Singapura pada 15 Mei, apabila Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam satu majlis di Istana.





