Lebih 500 karyawan yang mewakili sembilan rangkaian telah menyertai Rangkaian Karyawan Mendaki sejak penubuhannya pada 2019, dan jumlah ini semakin meningkat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Rangkaian tambahan dalam Penjagaan Kesihatan, Kerja Sosial, Media dan Kreatif dan Kelestarian juga bakal ditambah pada 2024, dengan harapan karyawan Melayu/Islam boleh membina modal kerjaya, menyumbang, dan...





