KUALA LUMPUR: Peningkatan akses kepada bahan pornografi di media sosial dikesan menjadi antara punca yang menyumbang kepada lonjakan kes rogol melibatkan kanak-kanak bawah umur di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata peningkatan kes itu amat membimbangkan dan dikhuatiri menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah.





