BANJUL (Gambia): Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam “pembunuhan beramai-ramai” di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Pertubuhan itu menyeru para anggotanya agar mengenakan “sekatan ke atas Israel dan menghentikan eksport senjata dan peluru yang digunakan oleh tenteranya untuk melakukan jenayah pembunuhan...





