Hujan lebat di serata Singapura pada 4 Mei mencetuskan amaran banjir bagi sebahagian besar Singapura pada sebelah pagi dan menyebabkan beberapa penerbangan terjejas di Lapangan Terbang Changi.
Sekitar 10.35 pagi, agensi air negara PUB mengeluarkan amaran banjir di platform media sosial X dengan mengatakan bahawa hujan lebat dijangka berlaku di banyak kawasan dari 10.35 pagi hingga 11.20 pagi.





