KAHIRAH: Seorang pemimpin Hamas berkata pada 2 Mei bahawa kumpulannya akan menghantar delegasi ke Kahirah untuk “menyelesaikan perbincangan berterusan” mengenai perjanjian gencatan senjata di Gaza, satu petunjuk kemajuan dalam usaha tersebut.
Cadangan gencatan senjata terbaru, atas desakan pentadbiran presiden Amerika, Encik Joe Biden sejak beberapa hari kebelakangan ini, timbul selepas perang berlarutan sejak Oktober 2023.





