Suhu yang mencecah 36.4 darjah Celsius di Paya Lebar pada 26 April, adalah yang tertinggi dicatat sejauh ini di Singapura pada 2024, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).
Singapura dijadual mengalami hujan pula, dengan MSS meramalkan hujan berserta guruh secara sederhana hingga lebat pada lewat pagi dan petang pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Mei.





