JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak autistik berusia lima tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Johor Bahru, ketika bermain berhampiran rumahnya di Kampung Sepakat Baru, Skudai, pada 1 Mei.
Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, mangsa difahamkan sedang bermain telefon dan merakam gambar di kawasan sekitar tempat kejadian, yang terletak kira-kira beberapa meter dari rumahnya.





