NEW DELHI: Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, kekal popular bagi memenangi pilihan raya umum India yang memulakan pengundian pada 19 April dan berlangsung secara berperingkat selama enam minggu.
Unjuran itu dibuat berasaskan kelemahan parti pembangkang sedia ada dan kemaraan parti pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) di negeri yang baru dimasuki, terutama Tamil Nadu.





