JAKARTA: Gunung berapi Ruang di Sulawesi Utara meletus pada 30 April, memuntahkan abu dan lahar selepas letusan awal bulan ini menyebabkan ratusan penduduk dipindahkan dan lapangan terbang ditutup.
Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia menaikkan tahap amaran kepada paras tertinggi, berikutan letusan pagi 30 April, menggesa penduduk supaya tidak mendekati gunung berapi itu, menurut laman webnya.





