NEW DELHI: Polis India pada 25 April menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA), selepas ditemui berligar di sekitar lapangan terbang tersebut dengan berpakaian lengkap sebagai juruterbang.
Lelaki berkenaan, Sangeet Singh, 24 tahun, dikesan pegawai keselamatan memakai pakaian seragam juruterbang tentera laut dan mempunyai kad pengenalan (ID) SIA palsu...





