KAHIRAH/DOHA: Delegasi Hamas akan menyertai rundingan yang bertujuan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata, kata seorang pegawai Hamas pada 28 April, ketika pihak perantaraan meningkatkan usaha menjelang serangan Israel ke atas Rafah.
Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata delegasi yang dijadual tiba di Kahirah pada 29 April dijangka membincangkan cadangan gencatan senjata yang diserahkan oleh Hamas kepada perantara dari Qatar...





