Srikandi lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah Abdul Rahman bakal beraksi dalam Sukan Olimpik Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos setelah berjaya menjuarai acara epee perseorangan wanita dalam Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia di Fujairah, Amiriah Arab Bersatu (UAE), pada 28 April.
Ia akan menjadi penampilan kedua Kiria di Sukan Olimpik, dengan yang pertama di temasya sukan Tokyo pada 2021.





