GAZA: Kumpulan Hamas sudah menerima dan sedang mengkaji cadangan balas terbaru Israel berhubung potensi gencatan senjata di Jaluran Gaza dan pembebasan tebusan.
“Hari ini, pergerakan Hamas menerima maklum balas rasmi pendudukan Zionis terhadap kedudukan pergerakan itu, yang diserahkan kepada pengantara Mesir dan Qatar pada 13 April,” kata Timbalan Ketua Cabang Politik Hamas, Encik Khalil al-Hayya, di Gaza dalam satu kenyataan...





