Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 ($2,845) kepada setiap keluarga mangsa pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudahkan orang ramai yang berhasrat untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga...





