Isteri kepada jutawan teknologi bertaraf bilionair, Encik Forrest Li, bersedia membeli sebuah rumah besar di salah satu kawasan kediaman idaman ramai di Singapura, walaupun dengan pasaran hartanah mewah yang agak suram sekarang.
Cik Ma Liqian pada April memfailkan Opsyen Untuk Membeli (OTP) sebuah banglo kelas baik (GCB) tersebut di Gallop Road pada harga $42.5 juta.





