JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama pentadbiran daerah Kluang mengadakan majlis solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di Empangan Sembrong dekat sini pada 22 April.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata solat itu bagi memohon hujan, terutama di kawasan sekitar empangan yang dilanda musim kemarau, sekali gus mengganggu bekalan air...





