JOHOR BAHRU: Zon Ekonomi Khas-Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi antara satu daripada pelbagai inisiatif program pembangunan di Johor yang akan mewujudkan sehingga 100,000 peluang pekerjaan di negeri itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata apa yang pasti peluang pekerjaan bakal diwujudkan itu nanti adalah pekerjaan bermutu dan berkemahiran tinggi yang akan membawa pulangan...





