Kesungguhan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam meningkatkan tahap pendidikan anak-anak Melayu/Islam merupakan sumbangan berharga yang menjadi mangkin kepada pelbagai kemajuan yang dicapai masyarakat Melayu Singapura hari ini.
Hal itu ditekankan Yayasan Mendaki dalam penghargaannya kepada Encik Lee, menyusuli berita peralihan pimpinan yang menyaksikan pengunduran beliau pada 15 Mei.





