Pemimpin Melayu/Islam mengajak anggota masyarakat agar sama-sama membantu memperkukuh generasi akan datang, baik menerusi konsep kewarganegaraan mahupun dalam bentuk kewangan seperti usaha Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
Bercakap tentang WMS dalam ucapannya semasa Perjumpaan Hari Raya Menteri pada 19 April, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkongsi bahawa sebuah Jawatankuasa Sementara untuk menyelia pelaksanaan WMS akan...





