JOHOR BAHRU: Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam satu atau dua tahun lagi menyusuli pelaksanaan dua zon ekonomi dan kewangan khas di negeri ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City bakal memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi lebih pesat.





