Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan terus berkhidmat dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan selepas berundur daripada jawatannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sambil menjelaskan tidak ada rombakan ketara Kabinet sebelum Pilihan Raya Umum mendatang.
Menurut Encik Wong, keutamaannya sekarang adalah memastikan kesinambungan dan membentuk pasukan Kabinet terbaik untuk Singapura sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-4 Singapura...





