Hubungan istimewa antara Singapura dan Brunei lebih diperkukuh dengan kededua pihak mengulangi kesediaan memberi komitmen untuk memperluas dan mendalami kerjasama dua hala merentasi berbilang sektor.
Jalinan kerjasama ini diutuhkan lagi dengan kunjungan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), ke Brunei Darussalam untuk bertemu Sultan Hassanal Bolkiah bagi menyampaikan ucapan...





