Selepas sekitar dua tahun keluar masuk hospital membesarkan seorang anak tunggal dilahirkan pramatang, dan menghidap penyakit paru-paru kronik sejak lahir, Encik Salihan Mustakim dan Cik Nur’El Huda Hasbullah menjangkakan Syawal lebih ‘sempurna’ pada 2024.
Ini selepas puteri mereka itu, Nur Eva Eisha Salihan, berusia dua tahun empat bulan, mula beransur pulih, dan tidak perlu bergantung kepada alat pernafasan di sisinya...





